12 CARA TURUNKAN BERAT BADAN SECARA SEMULA JADI

Aku baru amalkan 8 daripadanya dan berat bolehlah turun dalam 18kg. Tapi kalau akak akak dan abang abang nak apply semua ni pun boleh, kalau larat la. Info ni pun aku dapat dalam internet. Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat

Cara #1
Minum banyak air. Air bukan sahaja cara membuang toksik di dalam badan. Jika anda mempunyai lebih air di dalam badan, anda akan berasa lebih sihat dan cergas. Ianya juga membantu anda berasa kenyang, sekaligus mengurangkan rasa ingin makan anda. Apa yang menarik ialah air tidak mengandungi kalori langsung.

Cara #2
Minum segelas air sebelum anda menikmati hidangan anda. Air mengambil ruangan di dalam perut anda, jadi anda akan berasa kenyang walaupun makan sedikit sahaja.

Cara #3
Ambil segelas air lagi semasa anda makan. Sekali lagi ini adalah cara untuk anda berasa kenyang. Daripada meminum segelas sekaligus, minum sedikit-sedikit selepas sesuap makanan. Ianya dapat membantu makanan menetap di dasar perut dengan sempurna dan anda akan berasa kenyang dengan lebih cepat.

Cara #4
Jauhi minuman bergas/berkarbonat. Minuman ini mengandungi kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi.

Cara #5
Banyakkan memakan makanan/buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti tomato dan tembikai. Makanan ini mengenyangkan anda tanpa menambah berat badan anda.

Cara #6
Banyakkan makan buah-buahan segar daripada meminum jusnya. Jus biasanya ditambah dengan gula, tetapi buah-buahan segar mengandungi gula semula jadi. Buah-buahan juga mengandungi kandungan vitamin dan fiber yang tinggi yang mana diperlukan oleh tubuh badan anda.

Cara #7
Pilih buah-buahan segar berbanding buah-buahan yang telah diproses. Buah-buahan yang telah diproses/dimasukkan ke dalam tin tidak mengandungi kandungan fiber yang tinggi, dan kebanyakannya telah dimaniskan dengan gula tambahan.

Cara #8
Banyakkan pengambilan fiber. Badan anda memerlukan jumlah fiber yang tinggi, jadi cuba masukkannya ke dalam diet harian anda. Makan sayuran dan buah-buahan sebanyak mungkin.

Cara #9
Makan banyak sayur-sayuran. Sayuran hijau adalah yang terbaik. Masukkan salad ke dalam menu harian anda.

Cara #10
Kawal keinginan rasa manis anda. Rasa manis atau gula bermakna kalori tinggi. Anda tidak perlu membuang rasa manis dalam makanan anda sepenuhnya, tetapi sebaiknya makan secara berpatutan. Semakin banyak gula ditambah ke dalam makanan semakin banyak sel-sel lemak ditambah ke dalam badan anda.

Cara #11
Makan hanya apabila anda lapar. Ada dalam kalangan kita mempunyai kecenderungan untuk makan setiap kali melihat makanan.

Cara #12
Minum teh atau kopi kosong. Teh atau kopi kosong adalah baik untuk anda. Namun, mengambil teh adalah lebih baik dari kopi. Kandungan kafein di dalam kopi tidak bagus kerana ianya adalah alkaloid dan boleh mengganggu fungsi badan lain seperti metabolisme.

Comments