7 Cara Mengempiskan Perut Yang Mudah dan Praktikal

Perkongsian oleh Dr. Rizal Abu Bakar adalah hasil daripada rujukan kajian dan praktis klinikal. Jadi, cara mengempiskan perut ini amat berkesan dan praktikal untuk anda amalkan. Di bawah ini adalah tips Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat.
1. Ambil makanan kaya dengan protein
Menurut Dr. Rizal, mengambil hidangan menu yang tinggi protein adalah satu cara mengempiskan perut yang efektif.
Protein yang anda ambil akan melepaskan hormon PYY, iaitu hormon yang berkaitan dengan kelaparan dan kekenyangan.
Apa yang berlaku adalah hormon ini akan menghantar isyarat ke otak dan memaklumkan badan kita yang kita sudah kenyang.
Maka, anda akan cepat berasa penuh dan tidak perlu lagi memakan tanpa henti.

2. Urus stress dengan baikApa pula kaitan antara stress dengan perut? Menurut Dr. Rizal, apabila kita stress, ia akan menyebabkan hormon kortisol mengalir laju dalam sistem badan.
Hormon ini pula suka untuk mengumpulkan lemak. Jadi, semakin anda tertekan dan tidak menguruskannya dengan baik, maka semakin mudah untuk perut anda membuncit.
Tidak cukup dengan itu, stress juga akan meningkatkan selera makan. Jadi, anda akan mudah melahap dan akhirnya, perut semakin ke hadapan!

3. Hentikan pengambilan gula putih
Antara cara mengempiskan perut yang paling mudah dan praktikal adalah anda perlu menghentikan pengambilan gula putih dalam makanan dan minuman.
Ada banyak kajian yang menunjukkan pengambilan gula berlebihan, yang selalunya melibatkan pengambilan fruktos yang banyak, akan membawa kepada pengumpulan lemak di perut.
Jadi, kalau anda tidak mahu perut boroi atau mahu mengempiskan perut, elakkan gula putih ya!

4. Lakukan 2 jenis senaman untuk mengempiskan perutRasanya ramai yang sudah tahu bahawa kalau ingin kurus atau perut slim, kita perlu bersenam.
Tapi, ada banyak jenis senaman di luar sana. Mana satu yang mampu menyegerakan misi mengempiskan perut?

Menurut Dr. Rizal, anda boleh melakukan 2 jenis senaman berikut kerana ia sangat membantu untuk mengurangkan lemak pada perut.
-Senaman aerobik
-Senaman mengangkat berat

5. Dapatkan tidur yang cukup
Kalau anda mahu perut cepat slim, anda perlu dapatkan tidur yang mencukupi antara 6 ke 7 jam sehari.

Menurut kajian yang telah dijalankan selama 16 tahun, wanita yang tidur kurang daripada 5 jam akan mengalami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita yang tidur 7 jam.
Itu adalah antara penerangan Dr. Rizal.

6. Ambil Omega 3 setiap hariDari segi pengambilan vitamin tambahan pula, anda digalakkan untuk mengambil lemak ikan setiap hari, atau Omega 3.
Jumlah pengambilan yang terbaik adalah 2000mg sehari dan jika anda ingin membeli pil suplemen, pastikan anda memilih produk yang tiada merkuri dan anti refluks.

7. Ambil hidangan yang tinggi dengan serat
Cara mengempiskan perut boroi yang seterusnya adalah ini: masukkan serat ke dalam pengambilan hidangan anda setiap hari.
Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi dengan serat. Menurut Dr. Rizal, ia membantu membentuk gel di saluran pencernaan dan menyebabkan makan bergerak lebih lambat.

Anda tidak akan berasa lapar dengan cepat dan kurang mempunyai rasa untuk makan. Ia seterusnya membantu untuk mengurangkan pengumpulan lemak di perut.

Cuba amalkan cara mengempiskan perut ini – ia dapat membantu anda tampil slim!

Comments