Tempat Menarik Di Putrajaya Yang Sesuai Di Lawati Bersama Keluarga

Putrajaya merupakan sebuah bandar moden terancang yang dibina untuk menempatkan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Idea penubuhannya diilhamkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad manakala nama Putrajaya di ambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tadika Putrajaya

Kini Putrajaya bukan sahaja sebagai pusat pentadbiran negara, malah bandar dalam taman ini juga merupakan salah satu lokasi pelancongan yang popular di Malaysia. Keindahan bandar terancangnya menjadi tarikan yang kuat untuk menarik kehadiran pelancong asing dan tempatan ke sini. Bangunannya yang menarik serta landskapnya yang mendamaikan pasti memberi seribu satu kedamaian buat mereka yang berkunjung ke Putrajaya.

Untuk artikel kali ini kita akan melihat 9 lokasi menarik yang terdapat di Putrajaya. Jom kita lihat.

#1- MASJID TUNKU MIZAN
Ok kita mulakan dengan Masjid Tunku Mizan atau lebih dikenali sebagai masjid besi berdasarkan ciri-ciri binaan moden yang ada pada masjid yang indah ini. Warna masjid ini ialah warna perak dan ini merupakan antara faktor masjid ini dipanggil masjid besi. Cuba tengok gambar, begitu unik dan cantik binaan masjid ini.

#2- DATARAN PUTRAJAYA
Dataran Putrajaya merupakan kawasan lapang yang terletak berdekatan dengan Masjid Putra dan tasik. Terdapat roundabout untuk bersantai dan ini merupakan antara lokasi yang sangat sesuai dikunjungi untuk bergambar kenang-kenangan. Datang Putrajaya jangan lupa singgah sini ya.

#3- MASJID PUTRA
Satu lagi masjid yang indah yang terdapat di Putrajaya. Jangan melepaskan peluang untuk menunaikan solat di sini bagi Muslim. Pasti meninggalkan kenangan manis buat anda.

#4- JAMBATAN PUTRAJAYA
Jambatan Seri Wawasan merupakan antara mercu tanda utama bandar moden Putrajaya ini. Keunikan bentuknya sentiasa menggamit perhatian para pengunjung untuk melihatnya. Pada waktu malam jambatan ini dihiasi dengan lampu-lampu neon yang menarik. Sungguh cantik.

#5- TAMAN WETLAND PUTRAJAYA
tempat menarik di putrajaya-05
Sumber gambar : MapSights

Sangat sesuai untuk membawa keluarga ke Taman Wetland Putrajaya ini. Anak-anak pasti terhibur melihat itik berenang di tasik, burung-burung yang berterbangan dan ikan-ikan yang turut terdapat di sekitar tasik ini. Pasti meninggalkan memori indah buat anak-anak.

#6- TAMAN BOTANI PUTRAJAYA
Satu lagi lokasi yang sesuai untuk dijadikan tempat riadah bersama keluarga. Taman Botani Putrajaya juga sangat sesuai untuk anda yang mencintai alam. Buat pencinta bunga, ada Floral Garden iaitu taman yang menempatkan banyak jenis bunga samaada dari spesies tempatan atau luar negara. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis tumbuhan di sini, termasuk dari spesies tumbuhan dari luar negara. Menarik kan.

#7- ALAMANDA PUTRAJAYA
Bagi anda yang mencari pusat membeli belah di sekitar Putrajaya apa kata anda ke Alamanda Putrajaya. Alamanda Putrajaya merupakan sebuat pusat membeli belah yang sangat luas dan menawarkan pelbagai jualan barangan di sini. Ada juga wayang, tempat makan yang menarik dan sebagainya. Kalau nak santai di mall, sini adalah antara tempatnya.

#8- TASIK PUTRAJAYA
Ketenangan tasik pasti mendamaikan hati yang melihatnya. Putrajaya juga mempunyai tasik yang cantik dan sesuai untuk menjadi lokasi riadah bersama keluarga pada hujung minggu. Bawa anak-anak ke sini, pasti mereka suka.

#9- PERDANA PUTERA
Apabila datang ke Putrajaya jangan lepaskan peluang untuk bergambar di hadapan bangunan Perdana Putera yang merupakan bangunan Jabatan Perdana Menteri. Keindahan senibinanya bercirikan seni bina Islam. Kubah berwarna hijau melambangkan kebesaran agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Bangunan Seri Perdana memang cantik, jadi jangan lepaskan peluang melihat depan mata dan bergambar kenang-kenangan di sini ya.

Comments