Tips dan Panduan Untuk Memilih Tadika dan Taska

Buat ibubapa yang masih tercari-cari tadika terbaik buat anak, anda tahu tak senarai tadika berdaftar di bawah kerajaan dan swasta yang murah dan berpatutan? Tadika Putrajaya

Ada beberapa faktor yang harus dipertimbangkan ibu bapa dalam memilih senarai tadika berdaftar untuk anak.

Antaranya seperti:
1. guru tadika yang berpengalaman,
2. kos pembelajaran murah,
3. berdekatan tempat tinggal,
4. kemudahan sekolah yang terbaik, pakej makanan sihat untuk anak dan lain-lain.

Apatah lagi sekarang ini, ada ramai parents yang merungut bila hantar anak ke tadika swasta yang mahal, tapi anak masih belum tahu membaca malah tak kenal huruf dan nombor. Tentulah risau kan?

Tapi, satu hal yang paling dirisaukan adalah kalau hantar ke tadika murah dan biasa-biasa saja, cikgu yang ajar itu cukup bagus ke?
Haish… kalau nak diikutkan macam-macam perkara yang bermain di fikiran ibubapa tentang pemilihan tadika anak ini. Boleh ganggu tidur malam dibuatnya!
Walauapapun, belum terlambat rasanya untuk anda mencari tadika yang terbaik untuk anak.

Tapi bila sudah hantar anak ke tadika, jangan pula ‘lepas tangan’ – langsung tak membelek buku dan aktiviti sekolah anak. Sebab didikan yang terbaik adalah dari rumah.

Berita baik buat ibubapa yang tinggal di Putrajaya!

Tadika Mulia Iman by Emaan Kindy ada menawarkan servis untuk anak kesayangan anda. Boleh lihat info lanjut di Tadika Putrajaya, untuk sebarang maklumat.

Bagi lokasi luar dari Putrajaya anda boleh memilih dari senarai tadika berdaftar yang murah dan sesuai untuk anak mulakan sesi prasekolah di tahun hadapan.
Senarai tadika berdaftar: 5 tadika yang murah dan sesuai untuk anak
#1. Tadika Kemas
#2. Tadika Q-Dess
#3. Tadika Pasti
#4. Tabika Perpaduan
#5. Smart Reader

Ranking Tadika terbaik di Malaysia. Review Tadika Pilihan ibu bapaBudak budak sekarang tak macam dulu. Ada yang baru masuk 6 tahun, mak ayah baru hantar nak masing-masing ke tadika. Sekarang?
Tidak boleh. Masing-masing ibu bapa tidak mahu ketinggalan untuk hantar pendidikan awal parasekolah yang terbaik untuk anak anak mereka yang berumur 5 dan 6 tahun selepas hantar sebelum ini ke taska sehingga umur anak 4 tahun. Duit kata mereka bukan persoalan utama.Di tambah pula sekarang ini begitu banyak tadika terbaik di Malaysia yang boleh anda pilih berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing dan juga lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal atau tempat kerja anda setiap hari.Macam-macam jenama tadika terbaik di Malaysia yang menawarkan pendidikan prasekolah. Pilih sahaja.
Berdasarkan kajian Mypt3, kami telah membuat pemilihan dan tapisan di seluruh negeri meliputi negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Johor, melaka, negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah atau Perak untuk senarai ranking tadika terbaik di Malaysia.

Tadika terbaik mana yang menjadi pilihan mypt3.com. Boleh sambung baca dan semak senarai di bawah ini :

10 Ranking Tadika Terbaik di Malaysia
1: Tadika Kemas
2: Little Caliph
3: Smart Readers Kids
4: Q-Dees
5: Tadika REAL KIDS
6: Genius Aulad
7: Brainy Bunch
8: Kinder Kaizen
9: Krista Kindergarten
10: Tadika CIC
Ya. Jangan terkejut walaupun dihimpit dengan banyak tadika terbaik di malaysia, Tabika Kemas tetap berjaya menggunguli ranking yang teratas ranking prasekolah terbaik di Malaysia.

Jangan tidak tahu, Tadika Kemas pernah merangkul Anugerah Asia Most Trusted Brand sebagai jenama prasekolah terbaik di Malaysia. Kelassss ya!!!

Masakan tidak peruntukkan daripada kerajaan pun beratus juta dan juga sejarah yang panjang sepanjang penubuhannya,Tetapi disebabkan syarat kemasukan Tadika Kemas sangat ketat mengutamakan kalangan keluarga yang berpendapatan rendah, jadi tadika terbaik lain yang jadi keutamaan ibu bapa selain faktor keselesaaan di ambil kira.

Terkini, Little Caliph berjaya merangkul anugerah Asia Most Trusted Brand tahun 2018. Tahniah!!!

Comments